BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Tuesday, 2 October 2012

Kisah Hamil Di Musim Haji



Assalammualaikum...lamenye xmengupdate blog ehehehe..sibuk urusan hari2 & melayan kerenah budak kecik yg makinhari makin bijak =) maafkan ibu sayang..ibu keja xdpt nak jaga zuyyin FULL TIME. kita doa sama2 yer supaya terbuka pintu hati 2 nenek awak kasi ibu benti keja huhuhu..  

Pagi ni bukk email dpt email dari  pasangan suami isteri Abu Jarir & Ummu Aisyah yg berpengalaman menulis ebook Panduan Mudah Hamil. bile baca artikel ni mengingatkan saya pd pengalaman slps balik mengerjakan UMRAH 2 thn yg lalu... meh baca meh...
- -- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -  - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -  - - - - - - - -  - - - -  -
Salam Effa -- 

Tak lama lagi kita akan masuk bulan Zulhijjah, bulan haji. Ringkas cerita, kami ingin berkongsi satu artikel yang kami petik dari sebuah laman web. Ia adalah pengakuan satu pasangan suami isteri yang sudah lama berikhtiar untuk dapat zuriat. Harap anda dapat luangkan sedikit masa untuk membacanya. Insyallah, ia pasti bermanafaat...

ARTIKELBegini kisahnya...
Saya dan isteri sebenarnya ada masalah susah dapat anak walaupun sudah 2 tahun berkahwin. Sudah puas kami berusaha, sudah banyak buku (ebook) kami baca, sudah bermacam-macam jenis ubat kami makan, sudah berurut dengan beberapa orang tukang urut kampung, malah kami juga pernah pergi ke LPPKN beberapa kali, bagi membuat pemeriksaan dan mendapatkan rawatan bagi mengatasi masalah sukar mendapat anak ini.

    Namun, semua usaha kami gagal. Dalam masa 2 tahun menunggu berita gembira, tak juga kunjung tiba. Kami berasa betul-betul kecewa dan hampir berputus asa.
    Sehinggalah pada pertengahan tahun 2009, Allah Subhanahu wata'ala telah mentaqdirkan arwah mak dan arwah ayah saya untuk pergi menunaikan umrah.


Sebelum ini, saya pernah dengar dalam 1 ceramah mengatakan bahawa, salah satu tempat yang paling mustajab untuk berdoa ialah di Baitullah (depan Kaabah). InsyaAllah, kalau doa dipanjatkan dengan tulus ikhlas mengharapkan belas ihsan dan rahmat daripada Allah di depan kaabah, doa itu PASTI akan dikabulkan.
Kemudian, saya juga pernah mendengar dalam 1 ceramah lain mengatakan bahawa DOA IBU UNTUK ANAKNYA ADALAH ANTARA DOA YANG PALING MUSTAJAB, dimana kalau seorang ibu itu berdoa untuk anaknya, tiada hijab langsung. Doa itu akan sampai terus kepada Allah dan Allah pasti akan kabulkan doa tersebut.
Teringat isi kandungan ceramah tersebut, hati saya seolah-olah meronta-ronta dan menjerit-jerit kepada saya ;
"Inilah peluangnya! Inilah peluangnya Syukri. Ko jangan lepaskan peluang ini."
Saya dengan rasa penuh yakin, merasakan inilah peluang terbaik saya untuk mendapatkan pertolongan daripada ALLAH subhanahu wata'ala bagi memperkenankan hajat saya dan isteri.
Lantas, tanpa berlengah lagi, saya telah berjumpa dan bercakap dengan arwah mak saya tentang hajat kami.
Ini yang saya lakukan setelah berjumpa dengan arwah mak (sebelum arwah dan arwah abah berlepas ke Tanah Suci) :

    Saya minta arwah mak maafkan semua dosa-dosa saya dengannya. Segala kekasaran, tingkah laku saya yang tidak baik dengan arwah mak, saya minta sungguh-sungguh supaya arwah mak dapat maafkan saya.
    Saya minta sungguh-sungguh supaya arwah mak dapat berdoa khusus untuk saya dan isteri (sebut nama kami dalam doanya) di depan Kaabah, agar Allah kurniakan zuriat kepada kami.
    Saya ada juga minta arwah mak saya, kalau boleh, arwah mak berdoa pada selepas pertengahan malam (iaitu selepas tahajjud). Sebab saya ada pernah dengar dalam 1 ceramah mengatakan, pada waktu selepas tengah malam sehingga sebelum subuh, Allah subhanahu wata'ala akan 'berada' di langit dunia bagi mendengar permintaan hamba-hambaNYA. Pada waktu itu dikatakan, segala permintaan @ doa pasti akan dimakbul oleh Allah subhanahu wata'ala.


Itulah permintaan-permintaan saya kepada arwah mak saya sebelum beliau berangkat ke Tanah Suci.
Guess what? Cuba teka, apakah yang terjadi selepas itu?
Subhanallah, selepas kira-kira 2 bulan arwah mak dan arwah abah balik dari umrah, berita yang kami tunggu-tunggu selama 2 tahun ini akhirnya tiba juga.
Ya, isteri saya telah disahkan mengandung anak pertama kami.
Alhamdulillah, saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah ta'ala atas nikmat anugerah yang dikurniakan kepada kami. Saya terus sujud syukur dan menelefon arwah mak bagi memaklumkan berita gembira tersebut.
Masa bercakap dengan arwah mak dalam telefon tu, macam seolah-olah beliau dah pun terlebih dahulu mengetahui @ dapat mengagak berita yang nak saya sampaikan itu. Arwah ibu memang betul-betul yakin yang doanya pasti dimakbulkan Allah ta'ala.
Subhanallah. Maha Suci Allah.
Janji Allah itu pasti benar. Kata-kata Rasulullah itu pasti benar. Tidak syak lagi.
Demi ALLAH, saya sudah pun merasai sendiri kebenaran itu.
Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. DIA lah yang mengkabulkan @ memenuhi setiap permintaan hamba-hambaNYA.
Pesanan saya untuk anda :

    Berdoalah tanpa jemu
    Berdoalah dengan yakin Allah pasti akan makbulkan
    Berdoalah terutamanya pada waktu-waktu mustajab doa
    Kalau berpeluang pergi ke Tanah Suci, berdoalah sungguh-sungguh di Baitullah
    Kalau ibu anda masih hidup, mohonlah doa dari ibu anda. Jangan sekali-kali persiakan doa orang yang sangat mustajab doanya (doa ibu untuk anaknya)
    Kalau anda seorang ibu, selalulah maafkan anak-anak anda. Doakanlah mereka setiap hari.
    Kalau ibu anda sudah meninggal dunia, balaslah jasa budi arwah dengan sentiasa berdoa kepada Allah agar rohnya diampunkan dan dirahmati Allah


Pesanan khusus buat mereka yang ada masalah untuk dapat anak :

    Minta ibu ayah maafkan segala dosa dan keterlanjuran anda terhadap mereka
    Minta mereka berdoa khusus untuk anda (sebut nama anda dalam doa)
    Minta mereka buat solat hajat (supaya anda dikurniakan anak) khusus untuk anda
    Anda kena buat baik @ melayan ibu ayah anda sebaik-baik yang mungkin. Taati mereka, dengar cakap mereka, dan jangan sekali-kali kecilkan hati mereka.

=======

Semoga Artikel tersebut bermanafaat...

Ikhlas dari:

Abu Jarir & Ummu Aisyah

Saturday, 12 May 2012

HADIAH ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG PALING BERMAKNA

 
 assalammuaalaikum...12 Mei, 6 tahun yang lalu adalah tarikh kami disatukan...=) 2 thn yg lalu kami suami isteri sambut ulangtahun kawen dgn mengerjakan UMRAH. sekejap rasanya masa berlalu...dh 2 tahun rupanya...rindu pd rasulullah saw sentiasa membuak2... T_T

2 tahn yang lalu, hari2 terakhir kami di bumi makkah, sepatutnya cik P saya akan dtg huhuhu.. dlm hati berdoa biarlah smpai di malaysia kalo cip P nk dtg.. rugi rasanya kalo cik P dtg time kt sana ..

Dekat sebulan balik, saya terpikir2 gak...eh cik P ni x muncul2 la pulak...dok terpikir nk check la kot2 ngandung...tp bile dok kenang pengalaman2 yg lau ...mendukacitakn..argh ...!! malas la nk pikir...bior le dulu...

Rasa2 nya dkt 2 bulan lebih kot... baru la trpikir nk g beli alat uji kehamilan... dan di satu pagi saya pon memberanikan diri utk buat ujian tue... jeng...jeng... alhamdulillah ya ALLAH... malam tu jugak gie jumpa doktor nak kan pengesahan...alhamdulillah rupa2 nya dah dekat 3 bulan ada benda hidup dlm perut =)

Insyaallah...minta kawan2 doakan kami suami isteri capai impian untuk kesana & nak bawa budak comel yang dlm gmbr kat bawah nie... amin...amin  
* ni lah hadiah paling bermakna yang kami tunggu2 =)

selamat ulangtahun perkahwinan yang ke-6 zabid9897 , terima kasih jadi seorg suami + kawan baik saya selama nie...& ayah pada puteri kesayangan kita..luv u ^_^

*cik P dlm cite ni adalah penyakit org pompuan yg dtg tiap2 bulan hihii

Thursday, 10 May 2012

salam JUMaaT

*peringatan utk diri sendiri =)

PeSaN seorang AYAH

Pesanan AYAH pada puterinya :


Wahai Puteriku Zuyyin Eimanina, ingatlah.... dah besar nanti jgn berimpian nak kaya pastu nak beli umah besar lah, nak melancong serata dunia lah, nak keta sport lah... TETAPI berimpianlah untuk membayar ZAKAT dan menjadi tetamu Allah (UMRAH dan HAJI). Insyaallah kita kejar akhirat, dunia kejar kita. Ingat pesan ayah yer (",)

Wallhualam

*zuyyin eimanina bt mohd zabid & ayah =)

Tuesday, 21 February 2012

30-1-2011 ~ 30-1-2012





alhamdulillah.....!!


*setahun sudah berlalu... 30 Jan 2012 yg lalu zuyyin eimanina dh pon 1 tahun


sekejap masa berlalu ^_^





SELAMAT HARI LAHIR ...... !!
 



semoga zuyyin eimanina membesar dgn sihat, jadi anak yg solehah & yg paling utama menjadi hamba Allah swt yg bertaqwa...amin ya robbal alamin


Tuesday, 1 November 2011

uNtUk SuaMiKu

~uNTuK SuaMiKu ~





* mohd zabid bin roslan *




lelaki yg baik - yang boleh bimbing wanita ke jalanNya
lelaki yg comel - yang berpakaian baju melayu dan menuju ke masjid
lelaki yg sweet - yang selalu bercakap dengan nada yg rendah
lelaki yg romantik - yang menghadiahkan sebuah doa setiap hari
lelaki yg charming - yang mengingatkan si dia ttg ibadat itu lah lelaki yg menjadi igauan wanita



itulah suamiku .. (^_^)



* appie love anniversary ~ 13 tahun 4 bulan





Tuesday, 25 October 2011

aNuGeRah ALLAH S.W.T

assalammualaikum......



Rezeki dan anugerah Allah bukan sahaja yang berbentuk emas permata dan wang yang bertimbun tetapi juga anak-anak yang ramai yang baik dan soleh. Bagi pasangan yang tidak diberi anugerah anak atau zuriat keturunan walaupun sudah lama berkahwin maka mereka perlu bersabar, berusaha dan pasrah terhadap ketentuan Allah ke atas mereka.




Tentu ada hikmah di sebaliknya yang tidak kita ketahui. Pasangan yang tidak dikurniakan zuriat terkadang lebih baik kerana mereka sentiasa bergantung harap kepada Allah, sentiasa berdoa dan merintih rayu kepada Rab al-'Alamin agar dikurniakan zuriat. Rintihan, rayuan dan harapan kepada Allah itulah sebenarnya menjadikan Allah sayang dan kasih kepada mereka.




Janji Allah bahawa sesiapa sahaja yang berdoa, merayu merintih kepada Allah pasti Allah akan menyahut dan mengabulkan permohonannya cuma mungkin dalam keadaan yang dia sendiri tidak mengetahuinya.

Dalam hadis Rasullah S.A.W bersabda :




"Sesiapa yang berdoa mengharapkan sesuatu dari Allah nescaya Allah akan memberinya, sama ada diberikan segera atau disimpan untuk kebaikannya di akhirat atau dihindarkan kejahatan darinya".







Walaupun pasrah terhadap ketentuan Ilahi yang masih belum mengurniakan zuriat keturunan namun ia bukannya halangan untuk berusaha asalkan usaha yang dilakukan tidak melanggar ketetapan syariat.



Wallahualam






*antara usaha2 yg kami lakukan SINI

*sekadar berkongsi, sumber dari wall hospital bersalin @ facebook

Sunday, 23 October 2011

< Zuyyin Eimanina ada lagu fav >





Erti Al Fatihah - Voices Of Ummi



Ramai orang yang masih tidak hafal maksud al Fatihah sedangkan setiap hari kita bacanya . Sangat penting untuk kita memahaminya agar khusyuk dalam solat (",)


* INSYAALLAH...buat permulaan nak bimbing zuyyin eimanina dengan surah Al-Fatihah & maksudnya sekali, semoga nak ayah & ibu dapat menjadi seorg HAFIZAH & PAKAR HADIS amin..!!





Saturday, 22 October 2011

8 Bulan ++

Jap jer masa brlalu...menunggu kehadiran anak kecil nie sejak mula kami berkahwin, rasa 4 thn ++ dh terlalu lama hmmmmmmm...

sekarang zuyyin eimanina dh 8 Bulan ++ daa... setiap hari ada jer keletah yg mencuit hati hehee...




teruja tgk gigi zuyyin dh tumbuh..yieeehuuu..!!


2 btg gigi belah bwh dh tumbuh... hehe




* ni bukan gmbr zuyyin eimanina yer...hehe..nk tgkp gmbr dia xmo bukk mulut nge~






pastu baru2 nie jugak anak ibu nie dh pandai berdiri sendiri... yg xmenahan tue..dh berdiri ada hati nk lepas tgn 2 2 belah ...hihihi


kt umah nie tmpt fav dia nk berdiri..kipas tue terpaksa di off kn..




















Thursday, 20 October 2011

mari kita memantapkan SOLAT


adiah " HARI LAHIR "

Alkisah~ nya tarikh lahir saya pd 23 julai 1983, dlm tahun Islam jatuh pd 12 Syawal 1432...

Jadi, balik dr kerja aritu saya dpt adiah nie...Time kasih incik somi belikan buku yg sgt2 bermanfaat utk dpelajari ^_^

isi2 dlm buku nie agak lengkap berkaitan dgn persoalan pasal solat & penyampaiannya amat mudah difahami.... Mula dr bab :








  1. A - air , abai solat , ab'ad: sunat ab'ad , aurat , azan




  2. B - batal solat ,




  3. D - dhuha : solat dhuha




  4. G - gerhana : solat gerhana




  5. H - haid , hari raya : solat sunat hari raya , hajat : solat hajat , hai'at : sunat hai'at




  6. I - iqamat , istihadah , istinjak , istiqa':solat istiqa' , isthikarah:solat istikharah ,




  7. J - jemaah : solat berjemaah , jamak : solat jamak , jenazah : solat jenazah , jumaat : solat jumaat




  8. K - kepentingan solat , khalif : solat khalif , khuf : menyapu khuf , khutbah , kiblat




  9. M - makruh : perkara2 makruh dlm solat , mandi sunat , mandi junub , musafir : solat musafir




  10. N - nafal : solat nafal , najis , nifas




  11. Q - qada solat , qasar solat , qiamullail




  12. R - rukun solat




  13. S - solat sinat wuduk , sujud sahwi , sujud syukur , sujud tilawah , sunat fitrah , syarat sah solat




  14. T - taharah (bersuci) , tahajud : solat tahajud , tahiyatul masjid : solat tahiyatul masjid , tarawih : solat tarawih , tasbih : solat tasbih , taubat : solat taubat , tayamum




  15. W - witir : solat witir , wuduk




  16. Z - zikir : zikir selepas solat





* sgt terharu sbb dlm buku nie ada coretan dr somi :






~wahai isteriku yg bernama sazatul effa, dikaulah serikandiku, penyejuk dimata penawar dihati, di dunia dikaulah penyeri, di syurga menanti....dikaulah bidadari * suamimu yg bernama zabid











Monday, 19 September 2011

MaKaNaN ZUYYIN ~ 7 Bulan




Bulan nie ZUYYIN dah masuk 7 bULAN....

ibu buatkan zuyyin bubur nasi pulak...
ni menu ZUYYIN :



* Segenggam beras
* 15 biji kismis kuning
* 2 biji buah prune
* 2 biji kurma lembut tanpa kulit


* carrot - yg telah direbus & di blend halus, pastu dibekukan didlm ice cube

Cara-cara

~ Masak beras hingga kembang.
~ Masukkan kismis,prune dan kurma.Masak hingga kembang dan pekat.
~ Masukkan carrot


~ Blend halus, sedia dimakan =)







Menu bubur nasi ke-2 pulak :





* Segenggam beras
* ikan merah


* 2 biji kurma lembut tanpa kulit


* carrot - yg telah direbus & di blend halus, pastu bekukan di


dlm ice cube
* brakoli - yg telah direbus & di blend halus, pastu bekukan di dlm ice cube

MaKanan ZUYYIN ~ 6 Bulan


*puree pisang + susu ibu



anak ibu + ayah masuk 6 Bulan 30 / 7/2011 yg lepas... dah boleh makan dh... makanan pertam ayah + ibu bg zuyyin makan ialah buah pure...ibu blend betik..pastu try pisang...puree2 ni semua + dgn susu ibu..YUMMY..!!



PUREE PISANG I

Nutrisi Utama: Potasium

Bahan:

1 buah Pisang

Cara Membuat:

1. Pisang dikupas dan potong-potong.

2. Diblender. Tambahkan SUSU IBU atau susu formula.

PUREE PISANG II

Nutrisi Utama: Protein, Karbohidrat, Zat besi, Potasium & Calcium

Bahan:

1 buah pisang matang*

Optional:Yogurt**
Tepung Cereal*** (Tepung beras, tepung gandum, oatmeal, dll.)

Cara Membuat:

1. Haluskan pisang dengan bahan-bahan tambahan yang diinginkan.

2. Sajikan, dinginkan atau bekukan.

*Pisang yang sangat matang lebih baik untuk sistem pencernaan bayi.
**Yogurt membantu keseimbangan sistem pencernaan bayi, berikan setelah anak berusia 9 bln.

*** Tepung cereal adalah sumber zat besi, kalsium, vitamin dan mineral.

7 BuLaN ++ sudaaaaaaaaaaaa.....

ALHAMDULILLAH...

zuyyin eimanina suda 7 bulan ++ sudaaa............ dlm Bulan Ramadhan cepat betul perkembangan anak ibu + ayah nie..
Masuk 7 bulan jugak la zuyyin cepat mengesot..abis ditawafnya keliling katil...
ibu pon dh mula bg zuyyin makan bubur nasi. Menu pertama zuyyin : nasi+kurma+kismis+carrot = yummy...!!
Yg xdpt dilupakan zuyyin jatuh katil...adus.......! padahal dh sekat dgn bantal dh..alih2 ibu terjaga tgk zuyyin dh xde kt sebelah ..mau xterkejut...hehehe..apelg kejutkan ayah la " bang..!! bang..!! anak mana? " rupe2nye kt bawah dh...alhamdulillah xde pape.. zuyyin elok je trjatuh kt bwh bralaskan bantal..subhanallah mcm ade org yg letak zuyyin atas bantal tu..

*saya dah pandai merangkak..!!

1st RaYa = ZUYYIN EIMANINA


Lokasi Beraya :
  • umah Moyang @ Kg. Bukit Kuching, Jeram
  • umah Moyang @ Kuala Sg. Baru, Melaka
  • umah Uwan Auntie @ Seremban
  • umah Atuk & Nenek / KAMI @ Bdr. Baru Bangi




*raya pertama saya pakai baju kurung sedondon dengan ibu..terima kasih ibu buatkan saya baju raya =)


alhamdulillah... tahun nie raya pertama kami suami isteri dengan zuyyin eimanina... seronoknye kumpul duit raya utk anak hihihi (",)

                                                                      SENYUM....!!


* ibu & ayah dh bukakkn AKaun TabunG HajI utk saya ~ duit raya terkumpul saya setakat ni
 RM 500...yaaaaaaaaaaahhhhhhhhooooooooooooooo...!!

Friday, 19 August 2011

uNtuK BaKaL aYaH & iBu





DOA UNTUK MENDAPATKAN ANAK YANG SOLEH


Surah Ali-Imran ayat 38 :





هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً

طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء


Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.

~ Adab ISTERI terhadap suami ketika mengandung




  • Mengasihi dan menyayangi suami



  • Menjaga perkataan terhadap suami



  • Tidak terlalu cerewet



  • Menjauhi daripada perasaan yang tidak baik terhadap suami



  • Menghargai pandangan dan nasihat yang diberikan suami, orang tua serta ahli keluarga



  • Menghormati kaum muslimin dan muslimat serta berbuat baik kepada mereka



  • Menjauhi dari mengumpat dan menghina orang lain.


~ Adab SUAMI terhadap isteri ketika mengandung





  • Menunjukkan kasih sayang terhadap isteri



  • Jujur dan setia pada isteri serta tidak memberi layanan yang kejam dan kasar


  • Selesaikan selisih faham



  • Tidak mudah menjatuhkan talak atau mengeluarkan perkataan yang sama sepertinya.



  • Kerap melakukan sembahyang sunat dan mendoakan isteri dan anak selamat










    Thursday, 7 July 2011

    MaKsUd NaMa ~ coMel Ibu & aYah

    ~ Zuyyin Eimanina Bt Mohd Zabid ~




    dihiaskan (dan dijadikan indah) iman kami








    *permata hati ayah & ibu
    Surah Al-Imran ayat 14

    dihiaskan ( dan dijadikan indah) kepada manusia : kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu iaitu perempuan-perempuan dan anak pinak ; harta benda yang bayak berpikul-pikul, dari emas dan perak ; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih ; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu kehidupan didunia. Dan (ingatlah), pada
    sisi Allah tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga)

    Monday, 4 July 2011

    BuaH ZuRiaT @ BuaH aDaM



    nie la diaaaaa....rupe buah zuriat dr Mekah. Salah 1 usaha yg saya buat utk dptkn baby....(^_^)






    mula2 belahkn buah nie jd 2 cm dlm gmbr nie...belah 2 smpai nampak isirung kt dalam..lbh elok kalo ade 2 biji ...direbus skali ( umpama suami isteri)






    nie rupe isi dlm tue...mcm kelapa






    pastue...direbus sehingga air rebusan tinggal separuh drpd air yg dimasukkan..air dia warna coklat2 sikit





    minum air rebusan tu setiap hari samapi la berjaya disahkan pegnen...suami isteri kena minum okey..!!





    pastu buah yg dh direbus tue boleh simpan dlm peti ais..


    direbus brulang 2 smpai la air rebusan tu jadi putih..(pudar)

    *sebelum g UMRAH saya beli buah ni dlm forum wanitamelayu.com 4 biji dlm rm40, kt Madinah jual dlm 4 biji rm1 ...





    ~ USAHA ~ DOA ~ TAWAKAL ~




    kita cuma brusaha ALLAH swt juga yang menentukan

    Thursday, 9 June 2011

    wanita HAMIL seksi...??







    ramai ibu peknen skrg ikut gaya fesyen baju sendat...emmmm..wanita hamil penggoda yg seksi...betul ke? jawapannya boleh jadi "YA" atau "TIDAK"







    - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -- - - - - - - - - - - - - - - - - --





    apa pendapat anda..........??

    Wednesday, 8 June 2011

    alhamdulillah.... ZUYYIN EIMANINA dah 4 bulan ++





    • dh pandai merajuk kalo ayah nk kuar g outstation...xmo pndg muka ayah


    • kuat minum susu


    • pandai kuarkn sendiri kahak...xmcm ibu dia hehe
    layanzzz.... gambar2 bambam ibu nie...























    terbaru....!! anak ibu dh pandai meniarap..!! go! go! chaiyok...........

    Tuesday, 17 May 2011

    YeY........!! dpt adiah Hari Ibu .........



    ~ aLLhamDuLiLLah ~


    dh kembali bkerja..nk perah susu pakai tgn amatlah memenatkan...hihi jd saya wish adiah kt incik zabid set breast pump ni hohoho...


    alhamdulillah...susu badan saya makin banyak brbanding waktu mula2 dulu..(walaupon xsebyk org lain) (~_^)


    p/s-mengepam susu jd lebih mudah & syiok.....!!