BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 22 December 2010




PANDUAN MENAMAKAN BAYI






penin jugak yer nk cari nama tuk bakal baby kami nie...tiap kali g kedai buku mesti xmiss mmbelek2 buku nama2 dlm islam..akhirnya kami sepakat dh pilih nama baby...nk tau...?? hehhehe...mana boley lg nnti x SURPRISE.......!!! sabaq nooo..... ^_^




kt bwh nie saya senaraikn panduan nak namakn bayi ~

1. Sekadar Nama

Nama-nama yang panjang bukan sahaja merumitkan proses menulis nama-nama tersebut, malahan menyukarkan untuk orang lain menyebutnya. Seterusnya, yang menyebabkan panggilan jolokan seperti penggunaan hujung nama tersebut yang lebih mudah walaupun tidak mempunyai maksud langsung dalam bahasa Arab mahupun bahasa Melayu. Kejadian-kejadian seperti ini boleh membuat tidak puas hati di kalangan yang empunya nama. Oleh kerana itu, eloklah kita memberikan nama yang mempunyai maksud yang balk dalam agama kita, daripada kita membuta tuli memberikan nama yang kita fikirkan sedap didengar untuk anak-anak kita.

2. Kebangsaan Kita

mengetahui bahawa agama Islam adalah agama universal, tetapi kita boleh perhatikan bahawa negara-negara Islam lain di seluruh dunia mempunyai identiti sendiri menamakan anak-anak mereka, baik di Arab Saudi, India, Indonesia, Malaysia, Bangladesh, mahupun di negara China. Sekiranya anda ingin memberikan nama yang berbau kemelayuan atau kenegerian seperti Siti, Seri, dan Daeng, pastikan ia tidak sukar untuk disebut atau ditulis yang boleh menyebabkan masalah kepada anak anda nanti.

3. Keagamaan

Dalam agama Islam, Rasulullah (s.a.w.) telah menganjurkan supaya kita memilih nama yang balk untuk anak-anak kita. Sabda Nabi yang telah diriwayatkan : "Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari Qiamat nanti dengan nama-nama kamu, oleh itu perelokkanlah nama kamu".

4. Jantina

Kita bersyukur kerana ramai antara kita tahu membezakan antara nama-nama lelaki dan perempuan. Tetapi ada sesetengah yang kurang bernasib baik mempunyai nama-nama berlainan jantina seperti Mazrin atau Norulhuda, untuk lelaki dan sebaliknya Mahfuz atau Hanis, untuk perempuan. Akhirnya, anak-anak lelaki akan Iebih berasa tertekan atau diejek apabila mereka disangka perempuan daripada anak-anak gadis yang disangka lelaki. Walaupun begitu ada nama-nama yang boleh digunakan oleh kedua-dua jantina tersebut seperti Azizi dan Noor. Dan ada juga menambah nama-nama awalan seperti Muhammad (lelaki) atau Nurul (perempuan).

5. Berapa Nama

Tiada undang-undang di negara kita yang menghadkan kita untuk meletak berapa banyak atau berapa panjang nama untuk anak-anak kita. Pastikan nama anak anda tidak terlalu panjang yang menyukarkan mereka sendiri nanti untuk mengisi borang-borang pekerjaan atau sebagainya. Dan yang paling sedih sekiranya ada anak-anak gadis yang bernama panjang yang sukar untuk bakal suami mereka menyebut ketika majlis akad nikah nanti. Jangan salahkan bakal menantu anda ataupun tok kadi, sekiranya akad nikah anak gadis anda diulang beberapa kali!

6. Sebutan Glamor

Nama-nama yang panjang biasanya menyukarkan untuk orang lain menyebut dengan betul. Kesukaran yang paling ketara apabila mereka mahu menyebut nama tersebut dengan kerap. Mempunyai nama-nama yang sebutannya sedap didengar dan glamor boleh membuat seseorang itu berasa bangga, tapi ia juga akan membuat yang empunya nama berasa tertekan.

7. Kemasyhuran Nama

Nama-nama popular yang digunakan seperti Muhammad, Ali, Ahmad, Siti, ataupun Nurul membuatkan anak-anak anda berasa seperti orang kebanyakan, kerana mereka berasakan seperti berkongsi nama dengan yang lain. Walau bagaimanapun, nama-nama yang jarang kita dengar akan membuatkan anak-anak kita berasa terasing kerana ia berbunyi pelik dan ganjil.

8. Keunikan Nama

Pernahkah anda membelek buku telefon dan mencari nama seseorang seperti Ahmad Hassan? Anda mungkin tidak dapat mencarinya tanpa melihat alamat beliau. Ada sesetengah ibu bapa memberi nama yang unik seperti Jalwa atau Difun yang akan menyebabkan orang lain kurang memberi perhatian kepada mereka.

9. Nama Panggilan

Kebanyakan nama dipendekkan atau diberikan jolokan ketika mereka masih kecil dan di zaman remaja. Contohnya, Syamsuddin mungkin dipanggil Sam ketika kecil, Din ketika remaja, dan Sudin ketika memasuki universiti. Jadi jika anda tidak mahu anak perempuan anda dipanggil Sam, jangan namakan mereka Syamsiah.

10. Makna

Kebanyakan kita tidak tahu makna ataupun erti nama kita sendiri, dalam bahasa Melayu mahupun bahasa Arab. Tetapi kebanyakan nama-nama ada makna dan anda sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, pastikan anda tahu makna nama-nama tersebut sebelum menamakan anak anda. Nama yang berbunyi pelik, kelakar, memalukan, dan menjijikkan kemungkinan besar tidak memberi kesan kepada masa depan anak-anak anda. Tetapi jika anda mempunyai pilihan, nama-nama yang mempunyai makna yang baik akan membuat anak-anak anda bersyukur dan berterima kasih dengan pilihan anda.

11. Pertukaran Nama

Mengikut Akta Jabatan Pendaftaran Negara, anda dibenarkan menukar nama anak dalam masa setahun dari tarikh pendaftaran. Selepas itu, anda dibenarkan membuat tambahan ataupun alias @ tanpa membuang nama asal anak anda. Pastikan anda memeriksa dahulu bakal nama yang anda pilih, walaupun pertukaran boleh dibuat, bukankah itu merumitkan?

12. Rujukan

Banyak buku-buku rujukan nama terdapat di pasaran, tetapi kebanyakan buku-buku tersebut hanya menggambarkan sesuatu golongan ataupun pilihan pihak tertentu. Pastikan anda mempunyai beberapa buku rujukan, ataupun bertanya dengan rakan-rakan yang lebih berpengetahuan dari segi agama. Dan yang paling penting, pastikan anda tahu makna dan juga ejaan dalam bahasa Arab yang asal.

13. Tajul Muluk

Apakah itu Tajul Muluk? Sekiranya kita bertanya orang-orang tua ataupun datuk-datuk kita, kebanyakan mereka menggunakan buku rujukan ataupun kitab-kita lama, seperti kitab Tajul Muluk. Tajul Muluk ada!ah sebuah kitab yang menceritakan dan memberi anda petua seperti menamakan nama bayi yang baru lahir ataupun bilakah hari yang elok untuk mendirikan rumah dan sebagainya. Dalam zaman teknologi yang senba canggih ini, kitab-kitab seperti itu sudah lama kita lupakan. Walau bagaimanapun, anda tidak bersalah atau berdosa sekiranya anda tidak menggunakan kitab-kitab tersebut.

14. Pilihan Siapa

Siapa yang sepatutnya memiIih nama-nama anak kita? Pilihan ibu, bapa, datuk, alim ulama ataupun pilihan anak-anak kita sekarang? Biasanya anak sulung menjadi mangsa bilamana ibu dan bapanya memiIih untuk menggabungkan nama mereka. Pernahkah anda terjumpa kawan anda yang bernama Yuziah -kacukan nama ibu (Fauziah) dan nama bapa (Yusuf)? Sesiapapun boIeh memiIih, selagi nama tersebut mempunyai maksud.

*dipetik dari Nama-nama Melayu Islam - Abdul Ghani Hj. Masrom (cetakan kedua 2003)

Friday 10 December 2010

FPP Putrajaya

~PiKIr 2 TemPaT nAk B'saLiN ~















----------------------------


aduhaii...fenin..fenin...kepala nk decide brsalin kt mane ... gomen @ swasta..





  1. PPUKM - alasn sbb keja kt sini kihkih..



  2. Pusat Rwtn Islam An-Nur Bangi - alasn sbb dekat ngan umah n yg penting dr. pompuan oke..



last2 saya baru dpt tau info ttg "FULL PAYING PATIENT' @ Hosp. Putrajaya... (col 03-831204315) dgn xsabarnye ajak incik zabid g survey

dan........ALHAMDULILLAH kami buat keputusan tuk pilih pakej nie...yahhhhhoooooo..dh settle masalah hohoho...

nie ckit info ttg FPP ~ 1 skim perintis yg baru dperkenalkn oleh kerajaan di Hosp/ Putrajaya & Hosp. Selayang

ape ek kelebihan dia.....??





  • boleh pilih Dr. pakar ade 2 org pompuan & 2 org laki



  • dpt giliran khas tuk dptkn rwtn



  • dplt lynn 1st class

    sape yg layak FPP NIE.....??


  • WARGANEGARA @ BUKAN


  • K/ktgn kerajaan yg memilih utk mnyertai

  • Mana2 k/ktgn organisasi korporat/swasta

    Cara2 utk dptkn rawatan....??


  • "walk in" ke kaunter 7 (pendaftaran)


  • dirujuk oleh pengamal perubatan awam @ swasta


  • talefon 03-8312 4315 utk temujanji

    jgn lupeee... !!!!!!!


  • bwk IC / SURAT BERANAK / VISA / PASPORT


  • GL drpd syrkt@ insuran yg ada kelayakan mnyertai skim ini


  • Wang deposit ~ minimum rm 3k @ 50%


  • SURAT RUJUKAN / KAD TEMUJANJI (kalau ada)


*info lebih lanjut cube tgk blog nie



alhamdulillah memang sangat2 puas hati pilih pakej FPP nie.... lebih2 lg sape yg pengalaman pertama hehehe...


sebenarnya xsempat pon nk tgkp2 gmbr dlm bilik dia sbb dtg2 dh sakit construction hohoho...



Cloth Diapers



buat permulaan ~ cloth diapers..yey dh smpai ...!! incik zabid kate pakai nie pastu dh xyah pakai suar hihihi

nie beli dgn slh sorg kwn kt FB...xsabar nk try pakai kt baby ^_^