Assalammualaikum...lamenye xmengupdate blog ehehehe..sibuk urusan hari2 & melayan kerenah budak kecik yg makinhari makin bijak =) maafkan ibu sayang..ibu keja xdpt nak jaga zuyyin FULL TIME. kita doa sama2 yer supaya terbuka pintu hati 2 nenek awak kasi ibu benti keja huhuhu..
Pagi ni bukk email dpt email dari pasangan suami isteri Abu Jarir & Ummu Aisyah yg berpengalaman menulis ebook Panduan Mudah Hamil. bile baca artikel ni mengingatkan saya pd pengalaman slps balik mengerjakan UMRAH 2 thn yg lalu... meh baca meh...
- -- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Salam Effa --
Tak lama lagi kita akan masuk bulan Zulhijjah, bulan haji. Ringkas cerita, kami ingin berkongsi satu artikel yang kami petik dari sebuah laman web. Ia adalah pengakuan satu pasangan suami isteri yang sudah lama berikhtiar untuk dapat zuriat. Harap anda dapat luangkan sedikit masa untuk membacanya. Insyallah, ia pasti bermanafaat...
ARTIKELBegini kisahnya...
Saya dan isteri sebenarnya ada masalah susah dapat anak walaupun sudah 2 tahun berkahwin. Sudah puas kami berusaha, sudah banyak buku (ebook) kami baca, sudah bermacam-macam jenis ubat kami makan, sudah berurut dengan beberapa orang tukang urut kampung, malah kami juga pernah pergi ke LPPKN beberapa kali, bagi membuat pemeriksaan dan mendapatkan rawatan bagi mengatasi masalah sukar mendapat anak ini.
Namun, semua usaha kami gagal. Dalam masa 2 tahun menunggu berita gembira, tak juga kunjung tiba. Kami berasa betul-betul kecewa dan hampir berputus asa.
Sehinggalah pada pertengahan tahun 2009, Allah Subhanahu wata'ala telah mentaqdirkan arwah mak dan arwah ayah saya untuk pergi menunaikan umrah.
Sebelum ini, saya pernah dengar dalam 1 ceramah mengatakan bahawa, salah satu tempat yang paling mustajab untuk berdoa ialah di Baitullah (depan Kaabah). InsyaAllah, kalau doa dipanjatkan dengan tulus ikhlas mengharapkan belas ihsan dan rahmat daripada Allah di depan kaabah, doa itu PASTI akan dikabulkan.
Kemudian, saya juga pernah mendengar dalam 1 ceramah lain mengatakan bahawa DOA IBU UNTUK ANAKNYA ADALAH ANTARA DOA YANG PALING MUSTAJAB, dimana kalau seorang ibu itu berdoa untuk anaknya, tiada hijab langsung. Doa itu akan sampai terus kepada Allah dan Allah pasti akan kabulkan doa tersebut.
Teringat isi kandungan ceramah tersebut, hati saya seolah-olah meronta-ronta dan menjerit-jerit kepada saya ;
"Inilah peluangnya! Inilah peluangnya Syukri. Ko jangan lepaskan peluang ini."
Saya dengan rasa penuh yakin, merasakan inilah peluang terbaik saya untuk mendapatkan pertolongan daripada ALLAH subhanahu wata'ala bagi memperkenankan hajat saya dan isteri.
Lantas, tanpa berlengah lagi, saya telah berjumpa dan bercakap dengan arwah mak saya tentang hajat kami.
Ini yang saya lakukan setelah berjumpa dengan arwah mak (sebelum arwah dan arwah abah berlepas ke Tanah Suci) :
Saya minta arwah mak maafkan semua dosa-dosa saya dengannya. Segala kekasaran, tingkah laku saya yang tidak baik dengan arwah mak, saya minta sungguh-sungguh supaya arwah mak dapat maafkan saya.
Saya minta sungguh-sungguh supaya arwah mak dapat berdoa khusus untuk saya dan isteri (sebut nama kami dalam doanya) di depan Kaabah, agar Allah kurniakan zuriat kepada kami.
Saya ada juga minta arwah mak saya, kalau boleh, arwah mak berdoa pada selepas pertengahan malam (iaitu selepas tahajjud). Sebab saya ada pernah dengar dalam 1 ceramah mengatakan, pada waktu selepas tengah malam sehingga sebelum subuh, Allah subhanahu wata'ala akan 'berada' di langit dunia bagi mendengar permintaan hamba-hambaNYA. Pada waktu itu dikatakan, segala permintaan @ doa pasti akan dimakbul oleh Allah subhanahu wata'ala.
Itulah permintaan-permintaan saya kepada arwah mak saya sebelum beliau berangkat ke Tanah Suci.
Guess what? Cuba teka, apakah yang terjadi selepas itu?
Subhanallah, selepas kira-kira 2 bulan arwah mak dan arwah abah balik dari umrah, berita yang kami tunggu-tunggu selama 2 tahun ini akhirnya tiba juga.
Ya, isteri saya telah disahkan mengandung anak pertama kami.
Alhamdulillah, saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah ta'ala atas nikmat anugerah yang dikurniakan kepada kami. Saya terus sujud syukur dan menelefon arwah mak bagi memaklumkan berita gembira tersebut.
Masa bercakap dengan arwah mak dalam telefon tu, macam seolah-olah beliau dah pun terlebih dahulu mengetahui @ dapat mengagak berita yang nak saya sampaikan itu. Arwah ibu memang betul-betul yakin yang doanya pasti dimakbulkan Allah ta'ala.
Subhanallah. Maha Suci Allah.
Janji Allah itu pasti benar. Kata-kata Rasulullah itu pasti benar. Tidak syak lagi.
Demi ALLAH, saya sudah pun merasai sendiri kebenaran itu.
Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. DIA lah yang mengkabulkan @ memenuhi setiap permintaan hamba-hambaNYA.
Pesanan saya untuk anda :
Berdoalah tanpa jemu
Berdoalah dengan yakin Allah pasti akan makbulkan
Berdoalah terutamanya pada waktu-waktu mustajab doa
Kalau berpeluang pergi ke Tanah Suci, berdoalah sungguh-sungguh di Baitullah
Kalau ibu anda masih hidup, mohonlah doa dari ibu anda. Jangan sekali-kali persiakan doa orang yang sangat mustajab doanya (doa ibu untuk anaknya)
Kalau anda seorang ibu, selalulah maafkan anak-anak anda. Doakanlah mereka setiap hari.
Kalau ibu anda sudah meninggal dunia, balaslah jasa budi arwah dengan sentiasa berdoa kepada Allah agar rohnya diampunkan dan dirahmati Allah
Pesanan khusus buat mereka yang ada masalah untuk dapat anak :
Minta ibu ayah maafkan segala dosa dan keterlanjuran anda terhadap mereka
Minta mereka berdoa khusus untuk anda (sebut nama anda dalam doa)
Minta mereka buat solat hajat (supaya anda dikurniakan anak) khusus untuk anda
Anda kena buat baik @ melayan ibu ayah anda sebaik-baik yang mungkin. Taati mereka, dengar cakap mereka, dan jangan sekali-kali kecilkan hati mereka.
=======
Semoga Artikel tersebut bermanafaat...
Ikhlas dari:
Abu Jarir & Ummu Aisyah
Showing posts with label Rujukan. Show all posts
Showing posts with label Rujukan. Show all posts
Tuesday, 2 October 2012
Kisah Hamil Di Musim Haji
DiTaiP oLeH Ibu Zuyyin PaDa 17:51 0 TQ sbb MenGoMeN
BaHagiaN Rujukan
Thursday, 10 May 2012
Thursday, 20 October 2011
mari kita memantapkan SOLAT

adiah " HARI LAHIR "
Alkisah~ nya tarikh lahir saya pd 23 julai 1983, dlm tahun Islam jatuh pd 12 Syawal 1432...
Jadi, balik dr kerja aritu saya dpt adiah nie...Time kasih incik somi belikan buku yg sgt2 bermanfaat utk dpelajari ^_^
isi2 dlm buku nie agak lengkap berkaitan dgn persoalan pasal solat & penyampaiannya amat mudah difahami.... Mula dr bab :
- A - air , abai solat , ab'ad: sunat ab'ad , aurat , azan
- B - batal solat ,
- D - dhuha : solat dhuha
- G - gerhana : solat gerhana
- H - haid , hari raya : solat sunat hari raya , hajat : solat hajat , hai'at : sunat hai'at
- I - iqamat , istihadah , istinjak , istiqa':solat istiqa' , isthikarah:solat istikharah ,
- J - jemaah : solat berjemaah , jamak : solat jamak , jenazah : solat jenazah , jumaat : solat jumaat
- K - kepentingan solat , khalif : solat khalif , khuf : menyapu khuf , khutbah , kiblat
- M - makruh : perkara2 makruh dlm solat , mandi sunat , mandi junub , musafir : solat musafir
- N - nafal : solat nafal , najis , nifas
- Q - qada solat , qasar solat , qiamullail
- R - rukun solat
- S - solat sinat wuduk , sujud sahwi , sujud syukur , sujud tilawah , sunat fitrah , syarat sah solat
- T - taharah (bersuci) , tahajud : solat tahajud , tahiyatul masjid : solat tahiyatul masjid , tarawih : solat tarawih , tasbih : solat tasbih , taubat : solat taubat , tayamum
- W - witir : solat witir , wuduk
- Z - zikir : zikir selepas solat
* sgt terharu sbb dlm buku nie ada coretan dr somi :
~wahai isteriku yg bernama sazatul effa, dikaulah serikandiku, penyejuk dimata penawar dihati, di dunia dikaulah penyeri, di syurga menanti....dikaulah bidadari * suamimu yg bernama zabid
DiTaiP oLeH Ibu Zuyyin PaDa 17:49 0 TQ sbb MenGoMeN
BaHagiaN Rujukan
Wednesday, 22 December 2010
penin jugak yer nk cari nama tuk bakal baby kami nie...tiap kali g kedai buku mesti xmiss mmbelek2 buku nama2 dlm islam..akhirnya kami sepakat dh pilih nama baby...nk tau...?? hehhehe...mana boley lg nnti x SURPRISE.......!!! sabaq nooo..... ^_^
kt bwh nie saya senaraikn panduan nak namakn bayi ~
1. Sekadar Nama
Nama-nama yang panjang bukan sahaja merumitkan proses menulis nama-nama tersebut, malahan menyukarkan untuk orang lain menyebutnya. Seterusnya, yang menyebabkan panggilan jolokan seperti penggunaan hujung nama tersebut yang lebih mudah walaupun tidak mempunyai maksud langsung dalam bahasa Arab mahupun bahasa Melayu. Kejadian-kejadian seperti ini boleh membuat tidak puas hati di kalangan yang empunya nama. Oleh kerana itu, eloklah kita memberikan nama yang mempunyai maksud yang balk dalam agama kita, daripada kita membuta tuli memberikan nama yang kita fikirkan sedap didengar untuk anak-anak kita.
2. Kebangsaan Kita
mengetahui bahawa agama Islam adalah agama universal, tetapi kita boleh perhatikan bahawa negara-negara Islam lain di seluruh dunia mempunyai identiti sendiri menamakan anak-anak mereka, baik di Arab Saudi, India, Indonesia, Malaysia, Bangladesh, mahupun di negara China. Sekiranya anda ingin memberikan nama yang berbau kemelayuan atau kenegerian seperti Siti, Seri, dan Daeng, pastikan ia tidak sukar untuk disebut atau ditulis yang boleh menyebabkan masalah kepada anak anda nanti.
3. Keagamaan
Dalam agama Islam, Rasulullah (s.a.w.) telah menganjurkan supaya kita memilih nama yang balk untuk anak-anak kita. Sabda Nabi yang telah diriwayatkan : "Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari Qiamat nanti dengan nama-nama kamu, oleh itu perelokkanlah nama kamu".
4. Jantina
Kita bersyukur kerana ramai antara kita tahu membezakan antara nama-nama lelaki dan perempuan. Tetapi ada sesetengah yang kurang bernasib baik mempunyai nama-nama berlainan jantina seperti Mazrin atau Norulhuda, untuk lelaki dan sebaliknya Mahfuz atau Hanis, untuk perempuan. Akhirnya, anak-anak lelaki akan Iebih berasa tertekan atau diejek apabila mereka disangka perempuan daripada anak-anak gadis yang disangka lelaki. Walaupun begitu ada nama-nama yang boleh digunakan oleh kedua-dua jantina tersebut seperti Azizi dan Noor. Dan ada juga menambah nama-nama awalan seperti Muhammad (lelaki) atau Nurul (perempuan).
5. Berapa Nama
Tiada undang-undang di negara kita yang menghadkan kita untuk meletak berapa banyak atau berapa panjang nama untuk anak-anak kita. Pastikan nama anak anda tidak terlalu panjang yang menyukarkan mereka sendiri nanti untuk mengisi borang-borang pekerjaan atau sebagainya. Dan yang paling sedih sekiranya ada anak-anak gadis yang bernama panjang yang sukar untuk bakal suami mereka menyebut ketika majlis akad nikah nanti. Jangan salahkan bakal menantu anda ataupun tok kadi, sekiranya akad nikah anak gadis anda diulang beberapa kali!
6. Sebutan Glamor
Nama-nama yang panjang biasanya menyukarkan untuk orang lain menyebut dengan betul. Kesukaran yang paling ketara apabila mereka mahu menyebut nama tersebut dengan kerap. Mempunyai nama-nama yang sebutannya sedap didengar dan glamor boleh membuat seseorang itu berasa bangga, tapi ia juga akan membuat yang empunya nama berasa tertekan.
7. Kemasyhuran Nama
Nama-nama popular yang digunakan seperti Muhammad, Ali, Ahmad, Siti, ataupun Nurul membuatkan anak-anak anda berasa seperti orang kebanyakan, kerana mereka berasakan seperti berkongsi nama dengan yang lain. Walau bagaimanapun, nama-nama yang jarang kita dengar akan membuatkan anak-anak kita berasa terasing kerana ia berbunyi pelik dan ganjil.
8. Keunikan Nama
Pernahkah anda membelek buku telefon dan mencari nama seseorang seperti Ahmad Hassan? Anda mungkin tidak dapat mencarinya tanpa melihat alamat beliau. Ada sesetengah ibu bapa memberi nama yang unik seperti Jalwa atau Difun yang akan menyebabkan orang lain kurang memberi perhatian kepada mereka.
9. Nama Panggilan
Kebanyakan nama dipendekkan atau diberikan jolokan ketika mereka masih kecil dan di zaman remaja. Contohnya, Syamsuddin mungkin dipanggil Sam ketika kecil, Din ketika remaja, dan Sudin ketika memasuki universiti. Jadi jika anda tidak mahu anak perempuan anda dipanggil Sam, jangan namakan mereka Syamsiah.
10. Makna
Kebanyakan kita tidak tahu makna ataupun erti nama kita sendiri, dalam bahasa Melayu mahupun bahasa Arab. Tetapi kebanyakan nama-nama ada makna dan anda sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, pastikan anda tahu makna nama-nama tersebut sebelum menamakan anak anda. Nama yang berbunyi pelik, kelakar, memalukan, dan menjijikkan kemungkinan besar tidak memberi kesan kepada masa depan anak-anak anda. Tetapi jika anda mempunyai pilihan, nama-nama yang mempunyai makna yang baik akan membuat anak-anak anda bersyukur dan berterima kasih dengan pilihan anda.
11. Pertukaran Nama
Mengikut Akta Jabatan Pendaftaran Negara, anda dibenarkan menukar nama anak dalam masa setahun dari tarikh pendaftaran. Selepas itu, anda dibenarkan membuat tambahan ataupun alias @ tanpa membuang nama asal anak anda. Pastikan anda memeriksa dahulu bakal nama yang anda pilih, walaupun pertukaran boleh dibuat, bukankah itu merumitkan?
12. Rujukan
Banyak buku-buku rujukan nama terdapat di pasaran, tetapi kebanyakan buku-buku tersebut hanya menggambarkan sesuatu golongan ataupun pilihan pihak tertentu. Pastikan anda mempunyai beberapa buku rujukan, ataupun bertanya dengan rakan-rakan yang lebih berpengetahuan dari segi agama. Dan yang paling penting, pastikan anda tahu makna dan juga ejaan dalam bahasa Arab yang asal.
13. Tajul Muluk
Apakah itu Tajul Muluk? Sekiranya kita bertanya orang-orang tua ataupun datuk-datuk kita, kebanyakan mereka menggunakan buku rujukan ataupun kitab-kita lama, seperti kitab Tajul Muluk. Tajul Muluk ada!ah sebuah kitab yang menceritakan dan memberi anda petua seperti menamakan nama bayi yang baru lahir ataupun bilakah hari yang elok untuk mendirikan rumah dan sebagainya. Dalam zaman teknologi yang senba canggih ini, kitab-kitab seperti itu sudah lama kita lupakan. Walau bagaimanapun, anda tidak bersalah atau berdosa sekiranya anda tidak menggunakan kitab-kitab tersebut.
14. Pilihan Siapa
Siapa yang sepatutnya memiIih nama-nama anak kita? Pilihan ibu, bapa, datuk, alim ulama ataupun pilihan anak-anak kita sekarang? Biasanya anak sulung menjadi mangsa bilamana ibu dan bapanya memiIih untuk menggabungkan nama mereka. Pernahkah anda terjumpa kawan anda yang bernama Yuziah -kacukan nama ibu (Fauziah) dan nama bapa (Yusuf)? Sesiapapun boIeh memiIih, selagi nama tersebut mempunyai maksud.
*dipetik dari Nama-nama Melayu Islam - Abdul Ghani Hj. Masrom (cetakan kedua 2003)

DiTaiP oLeH Ibu Zuyyin PaDa 00:04 0 TQ sbb MenGoMeN
BaHagiaN Rujukan
Subscribe to:
Posts (Atom)