BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 25 October 2011

aNuGeRah ALLAH S.W.T

assalammualaikum......



Rezeki dan anugerah Allah bukan sahaja yang berbentuk emas permata dan wang yang bertimbun tetapi juga anak-anak yang ramai yang baik dan soleh. Bagi pasangan yang tidak diberi anugerah anak atau zuriat keturunan walaupun sudah lama berkahwin maka mereka perlu bersabar, berusaha dan pasrah terhadap ketentuan Allah ke atas mereka.




Tentu ada hikmah di sebaliknya yang tidak kita ketahui. Pasangan yang tidak dikurniakan zuriat terkadang lebih baik kerana mereka sentiasa bergantung harap kepada Allah, sentiasa berdoa dan merintih rayu kepada Rab al-'Alamin agar dikurniakan zuriat. Rintihan, rayuan dan harapan kepada Allah itulah sebenarnya menjadikan Allah sayang dan kasih kepada mereka.




Janji Allah bahawa sesiapa sahaja yang berdoa, merayu merintih kepada Allah pasti Allah akan menyahut dan mengabulkan permohonannya cuma mungkin dalam keadaan yang dia sendiri tidak mengetahuinya.

Dalam hadis Rasullah S.A.W bersabda :




"Sesiapa yang berdoa mengharapkan sesuatu dari Allah nescaya Allah akan memberinya, sama ada diberikan segera atau disimpan untuk kebaikannya di akhirat atau dihindarkan kejahatan darinya".







Walaupun pasrah terhadap ketentuan Ilahi yang masih belum mengurniakan zuriat keturunan namun ia bukannya halangan untuk berusaha asalkan usaha yang dilakukan tidak melanggar ketetapan syariat.



Wallahualam






*antara usaha2 yg kami lakukan SINI

*sekadar berkongsi, sumber dari wall hospital bersalin @ facebook

Sunday 23 October 2011

< Zuyyin Eimanina ada lagu fav >





Erti Al Fatihah - Voices Of Ummi



Ramai orang yang masih tidak hafal maksud al Fatihah sedangkan setiap hari kita bacanya . Sangat penting untuk kita memahaminya agar khusyuk dalam solat (",)


* INSYAALLAH...buat permulaan nak bimbing zuyyin eimanina dengan surah Al-Fatihah & maksudnya sekali, semoga nak ayah & ibu dapat menjadi seorg HAFIZAH & PAKAR HADIS amin..!!





Saturday 22 October 2011

8 Bulan ++

Jap jer masa brlalu...menunggu kehadiran anak kecil nie sejak mula kami berkahwin, rasa 4 thn ++ dh terlalu lama hmmmmmmm...

sekarang zuyyin eimanina dh 8 Bulan ++ daa... setiap hari ada jer keletah yg mencuit hati hehee...




teruja tgk gigi zuyyin dh tumbuh..yieeehuuu..!!


2 btg gigi belah bwh dh tumbuh... hehe




* ni bukan gmbr zuyyin eimanina yer...hehe..nk tgkp gmbr dia xmo bukk mulut nge~






pastu baru2 nie jugak anak ibu nie dh pandai berdiri sendiri... yg xmenahan tue..dh berdiri ada hati nk lepas tgn 2 2 belah ...hihihi


kt umah nie tmpt fav dia nk berdiri..kipas tue terpaksa di off kn..




















Thursday 20 October 2011

mari kita memantapkan SOLAT


adiah " HARI LAHIR "

Alkisah~ nya tarikh lahir saya pd 23 julai 1983, dlm tahun Islam jatuh pd 12 Syawal 1432...

Jadi, balik dr kerja aritu saya dpt adiah nie...Time kasih incik somi belikan buku yg sgt2 bermanfaat utk dpelajari ^_^

isi2 dlm buku nie agak lengkap berkaitan dgn persoalan pasal solat & penyampaiannya amat mudah difahami.... Mula dr bab :








  1. A - air , abai solat , ab'ad: sunat ab'ad , aurat , azan




  2. B - batal solat ,




  3. D - dhuha : solat dhuha




  4. G - gerhana : solat gerhana




  5. H - haid , hari raya : solat sunat hari raya , hajat : solat hajat , hai'at : sunat hai'at




  6. I - iqamat , istihadah , istinjak , istiqa':solat istiqa' , isthikarah:solat istikharah ,




  7. J - jemaah : solat berjemaah , jamak : solat jamak , jenazah : solat jenazah , jumaat : solat jumaat




  8. K - kepentingan solat , khalif : solat khalif , khuf : menyapu khuf , khutbah , kiblat




  9. M - makruh : perkara2 makruh dlm solat , mandi sunat , mandi junub , musafir : solat musafir




  10. N - nafal : solat nafal , najis , nifas




  11. Q - qada solat , qasar solat , qiamullail




  12. R - rukun solat




  13. S - solat sinat wuduk , sujud sahwi , sujud syukur , sujud tilawah , sunat fitrah , syarat sah solat




  14. T - taharah (bersuci) , tahajud : solat tahajud , tahiyatul masjid : solat tahiyatul masjid , tarawih : solat tarawih , tasbih : solat tasbih , taubat : solat taubat , tayamum




  15. W - witir : solat witir , wuduk




  16. Z - zikir : zikir selepas solat





* sgt terharu sbb dlm buku nie ada coretan dr somi :






~wahai isteriku yg bernama sazatul effa, dikaulah serikandiku, penyejuk dimata penawar dihati, di dunia dikaulah penyeri, di syurga menanti....dikaulah bidadari * suamimu yg bernama zabid