BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Tuesday, 1 November 2011

uNtUk SuaMiKu

~uNTuK SuaMiKu ~





* mohd zabid bin roslan *




lelaki yg baik - yang boleh bimbing wanita ke jalanNya
lelaki yg comel - yang berpakaian baju melayu dan menuju ke masjid
lelaki yg sweet - yang selalu bercakap dengan nada yg rendah
lelaki yg romantik - yang menghadiahkan sebuah doa setiap hari
lelaki yg charming - yang mengingatkan si dia ttg ibadat itu lah lelaki yg menjadi igauan wanita



itulah suamiku .. (^_^)



* appie love anniversary ~ 13 tahun 4 bulan





Tuesday, 25 October 2011

aNuGeRah ALLAH S.W.T

assalammualaikum......



Rezeki dan anugerah Allah bukan sahaja yang berbentuk emas permata dan wang yang bertimbun tetapi juga anak-anak yang ramai yang baik dan soleh. Bagi pasangan yang tidak diberi anugerah anak atau zuriat keturunan walaupun sudah lama berkahwin maka mereka perlu bersabar, berusaha dan pasrah terhadap ketentuan Allah ke atas mereka.




Tentu ada hikmah di sebaliknya yang tidak kita ketahui. Pasangan yang tidak dikurniakan zuriat terkadang lebih baik kerana mereka sentiasa bergantung harap kepada Allah, sentiasa berdoa dan merintih rayu kepada Rab al-'Alamin agar dikurniakan zuriat. Rintihan, rayuan dan harapan kepada Allah itulah sebenarnya menjadikan Allah sayang dan kasih kepada mereka.




Janji Allah bahawa sesiapa sahaja yang berdoa, merayu merintih kepada Allah pasti Allah akan menyahut dan mengabulkan permohonannya cuma mungkin dalam keadaan yang dia sendiri tidak mengetahuinya.

Dalam hadis Rasullah S.A.W bersabda :




"Sesiapa yang berdoa mengharapkan sesuatu dari Allah nescaya Allah akan memberinya, sama ada diberikan segera atau disimpan untuk kebaikannya di akhirat atau dihindarkan kejahatan darinya".







Walaupun pasrah terhadap ketentuan Ilahi yang masih belum mengurniakan zuriat keturunan namun ia bukannya halangan untuk berusaha asalkan usaha yang dilakukan tidak melanggar ketetapan syariat.



Wallahualam






*antara usaha2 yg kami lakukan SINI

*sekadar berkongsi, sumber dari wall hospital bersalin @ facebook

Sunday, 23 October 2011

< Zuyyin Eimanina ada lagu fav >





Erti Al Fatihah - Voices Of Ummi



Ramai orang yang masih tidak hafal maksud al Fatihah sedangkan setiap hari kita bacanya . Sangat penting untuk kita memahaminya agar khusyuk dalam solat (",)


* INSYAALLAH...buat permulaan nak bimbing zuyyin eimanina dengan surah Al-Fatihah & maksudnya sekali, semoga nak ayah & ibu dapat menjadi seorg HAFIZAH & PAKAR HADIS amin..!!